Tuesday, December 4, 2007

Fenomena WiTricity

WiTricity ialah pengaliran arus elektrik tanpa wayar. Ia juga dipanggil Wireless Electricity. Bermaksud dengan menggunakan kaedah WiTricity, anda boleh menekan suis lampu tanpa suis tersebut dihubungkan dengan kabel ke lampu tersebut. Penemuan teknologi yang menarik ini juga sebenarnya merupakan satu fenomena seram bagi mereka yang tidak mengetahuinya.


WiTricity mengalirkan arus elektrik dari punca bekalan ke perkakas elektik (dan menghidupkan alat elektrik tersebut seperti biasa) melalui medium proton. Semakin banyak proton, maka semakin lancarkan arus yang mengalir. Proton akan menjadi banyak sekiranya eloktron berkurang.

Fenomena Menyeramkan

Apabila elektron berkurang di sekitar tubuh, bulu roma akan mudah meremang terutamanya jika hormon Melatonin kurang dihasilkan daripada Kelenjar Pineal. Ketika itu elektron mudah terpisah dan terkeluar dari persekitaran tubuh hanya dengan tiupan angin.

WiTricity bukan sahaja boleh menghidupkan sesuatu perkakas elektrik, tetapi berkemampuan mewujudkan keadaan seperti berikut;

1.Menghidupkan alat elektrik seperti lampu, mesen basuh, radio, television, pengisar, kipas angin dan sebagainya.
2.Boleh juga memustuskan bekalan elektrik walaupun suiz dipasang.
3.Arus elektrik yang melalui medan elektromagnetik akan mewujudkan daya iaitu pergerakan mengikut konsep motor elektrik. Biasanya mampu menggerakkan daun pintu atau daun tingkap serta mengapungkan objek ringan seperti kertas.
4.Arus elektrik yang melalui di atas aliran air, akan merakam visual melalui memori air. Arus air yang lalu pada waktu yang lain (dengan syarat isipadu dan kelajuan kinetik yang sama ketika rakaman) akan memainkan semula rakaman seperti yang telah dirakam sebelum itu. Paparan visual adalah dalam bentuk hologram.
5.Sekiranya terdapat gas adi (seperti argon atau kripton) yang dibebaskan oleh akar tumbuhan, ia boleh menghasilkan cahaya terang dalam bentuk berpasang-pasang (kelihatan seperti mata). Kejadian ini lebih banyak berlaku di kawasan berpaya.
6.WiTricity boleh merakam bunyi di dalam logam yang diketuk dan memainkan semua. Biasanya ialah bunyi ketukan piano dan jam bandul. Ketika kejadian, ia seolah-oleh piano dimainkan sendiri.
7.Jika terdapat terlalu banyak kabel yang berarus elektrik yang bersilang atau berlingkar, WiTricity yang mengalir di persekitarannya akan memanaskannya hingga boleh menyebabkan kebakaran. Keadaan ini biasa terjadi kepada litar dalam kereta hingga boleh menyebabkan kebakaran.

Untuk bacaan lanjut sila layari post berikut: Fenomena WiTricity

Bila membaca artikel di atas, teringat pengalaman 20 tahun dahulu sewaktu berumur 10 tahun di kampung. Ada sawah, paya, sungai semuanya memberi panorama yang indah. Usia 10 tahun memberi tiket kebebasan bermain tanpa had waktu. Dan ketika itu saya dan sepupu yang lain seringkali dimomokkan dengan kisah 'hantu paya'. Satu senja akhirnya kisah 'hantu paya' itu menjadi kenyataan. Berpuluh pasang mata memerhatikan kami. Saat itu 'hantu paya' yg dianggap dongeng oleh kami menjadi sebuah kisah hebat yang tidak mungkin dilupakan.
Keberanian terus lenyap dan peristiwa itu terus menghantui saya dan sepupu yg lain. Saya sering terfikir apakah yg sebenarnya saya lihat itu. Namun bila terbaca post di atas barulah terungkai apa yang telah 20 tahun saya fikirkan.
Kesimpulannya mudah sahaja, jin hantu dan syaitan memang wujud namun dunia mereka dan kita manusia sangat berbeza. Kita tidak perlu takut pada mereka.

No comments: