Showing posts with label Science and Health. Show all posts
Showing posts with label Science and Health. Show all posts

Sunday, January 6, 2008

Gila Meroyan

Pelakon terkenal Hollywood, Brooke Shield adalah antara wanita yang dilanda gangguan emosi setelah melahirkan anak pertamanya. Dia murung hampir setahun, enggan bersentuhan dengan bayinya dan berasakan hidupnya tiada harapan lagi. Dikalangan masyarakat melayu fenomena ini dikenali sebagai "Gila Meroyan".
Pakar perubatan Neuro-Behavior Dr Wan Mohd Rushidi Wan Mahmud berkata bukan semua gangguan disifatkan sebagai "Gila Meroyan".Katanya, masalah emosi selepas bersalin boleh dibahagikan kepada tiga:
1-Kemurungan sementara selepas bersalin atau "pospartum blues"
2-Kemurungan selepas bersalin jenis neurotik
3-Kemurungan selepas bersalin jenis psikotik (gila meroyan)


Gejala Gila Meroyan
1-Gangguan tidur
2-Gelisah, tegang dan panik tanpa sebab
3-Menangis tanpa sebab
4-Hilang selera makan dan berat badan menurun
5-Fikiran bercelaru,berserabut tanpa sebab yang nyata

Pesakit mengalami ciri-ciri psikotik seperti:
1-Mendengar suara ghaib
2-Tingkah laku pelik seperti bercakap sendirian
3-Mempunyai kepercayaan yang salah(anggap bayi bukan anaknya)
4-Berasakan bayinya adalah jelmaan syaitan
5-Terasa bersalah
6-Hilang harapan untuk hidup (mungkin membunuh diri dan bayi)



Colour Vibration Therapy telah lama maju dalam menangani rawatan untuk para ibu. Rawatan bermula sejak awal mengandung dapat membantu para ibu mendapat banyak kelebihan antaranya tidak mengalami sebarang masalah ketidakselesaan ketika mengandung, tidak mengalami kesakitan semasa bersalin, tempoh nifas yang singkat. Kelebihan terhadap bayi itu sendiri ialah bayi akan sihat, berisi dan amat bijak dan cepat membesar.

Formula Colour Vibration Therapy adalah selamat dan bersih dari sebarang bahan kimia.

Kajian dan cadangan rawatan untuk ibu mengandung dikupas dengan begitu menarik dalam post bertajuk "Ibu mengandung dan Bayi".

Masalah "gila meroyan" ini juga terdapat dalam kajian Colour Vibration Therapy.

Mendapatkan nasihat dan rawatan daripada kaedah Colour Vibration Therapy ketika mengandung dapat menjamin kesihatan dan masa depan bayi yang cerah.

Friday, December 28, 2007

Sleeping Habits












Mengupas dengan lebih lanjut tentang FENOMENA TIDUR sila layari artikel yang begitu menarik di Blog Kesihatan oleh Dr. Ariffaizal

Tuesday, December 18, 2007

Tuesday, December 4, 2007

Fenomena WiTricity

WiTricity ialah pengaliran arus elektrik tanpa wayar. Ia juga dipanggil Wireless Electricity. Bermaksud dengan menggunakan kaedah WiTricity, anda boleh menekan suis lampu tanpa suis tersebut dihubungkan dengan kabel ke lampu tersebut. Penemuan teknologi yang menarik ini juga sebenarnya merupakan satu fenomena seram bagi mereka yang tidak mengetahuinya.


WiTricity mengalirkan arus elektrik dari punca bekalan ke perkakas elektik (dan menghidupkan alat elektrik tersebut seperti biasa) melalui medium proton. Semakin banyak proton, maka semakin lancarkan arus yang mengalir. Proton akan menjadi banyak sekiranya eloktron berkurang.

Fenomena Menyeramkan

Apabila elektron berkurang di sekitar tubuh, bulu roma akan mudah meremang terutamanya jika hormon Melatonin kurang dihasilkan daripada Kelenjar Pineal. Ketika itu elektron mudah terpisah dan terkeluar dari persekitaran tubuh hanya dengan tiupan angin.

WiTricity bukan sahaja boleh menghidupkan sesuatu perkakas elektrik, tetapi berkemampuan mewujudkan keadaan seperti berikut;

1.Menghidupkan alat elektrik seperti lampu, mesen basuh, radio, television, pengisar, kipas angin dan sebagainya.
2.Boleh juga memustuskan bekalan elektrik walaupun suiz dipasang.
3.Arus elektrik yang melalui medan elektromagnetik akan mewujudkan daya iaitu pergerakan mengikut konsep motor elektrik. Biasanya mampu menggerakkan daun pintu atau daun tingkap serta mengapungkan objek ringan seperti kertas.
4.Arus elektrik yang melalui di atas aliran air, akan merakam visual melalui memori air. Arus air yang lalu pada waktu yang lain (dengan syarat isipadu dan kelajuan kinetik yang sama ketika rakaman) akan memainkan semula rakaman seperti yang telah dirakam sebelum itu. Paparan visual adalah dalam bentuk hologram.
5.Sekiranya terdapat gas adi (seperti argon atau kripton) yang dibebaskan oleh akar tumbuhan, ia boleh menghasilkan cahaya terang dalam bentuk berpasang-pasang (kelihatan seperti mata). Kejadian ini lebih banyak berlaku di kawasan berpaya.
6.WiTricity boleh merakam bunyi di dalam logam yang diketuk dan memainkan semua. Biasanya ialah bunyi ketukan piano dan jam bandul. Ketika kejadian, ia seolah-oleh piano dimainkan sendiri.
7.Jika terdapat terlalu banyak kabel yang berarus elektrik yang bersilang atau berlingkar, WiTricity yang mengalir di persekitarannya akan memanaskannya hingga boleh menyebabkan kebakaran. Keadaan ini biasa terjadi kepada litar dalam kereta hingga boleh menyebabkan kebakaran.

Untuk bacaan lanjut sila layari post berikut: Fenomena WiTricity

Bila membaca artikel di atas, teringat pengalaman 20 tahun dahulu sewaktu berumur 10 tahun di kampung. Ada sawah, paya, sungai semuanya memberi panorama yang indah. Usia 10 tahun memberi tiket kebebasan bermain tanpa had waktu. Dan ketika itu saya dan sepupu yang lain seringkali dimomokkan dengan kisah 'hantu paya'. Satu senja akhirnya kisah 'hantu paya' itu menjadi kenyataan. Berpuluh pasang mata memerhatikan kami. Saat itu 'hantu paya' yg dianggap dongeng oleh kami menjadi sebuah kisah hebat yang tidak mungkin dilupakan.
Keberanian terus lenyap dan peristiwa itu terus menghantui saya dan sepupu yg lain. Saya sering terfikir apakah yg sebenarnya saya lihat itu. Namun bila terbaca post di atas barulah terungkai apa yang telah 20 tahun saya fikirkan.
Kesimpulannya mudah sahaja, jin hantu dan syaitan memang wujud namun dunia mereka dan kita manusia sangat berbeza. Kita tidak perlu takut pada mereka.

Monday, November 26, 2007

Minda Mempengaruhi Tindak Balas Tubuh

Manusia bukan terdiri daripada jisim semata mata yang boleh diperlakukan seperti mesen yang boleh dirobek, dan ditukar ganti seperti membaiki kenderaan. Manusia selain fizikal, manusia juga terdiri daripada akal (mental), berperasaan (emosi) dan bernyawa (spiritual). Setiap unsur ini mempengaruhi antara satu sama lain. Oleh itu, penyakit perlu mengambil kira keterlibatan unsur-unsur ini keseluruhannya.

Setiap yang kita fikirkan akan mempengaruhi fisiologi tubuh. Kerana itulah lahirnya falsafah "Penyakit berpunca daripada runtuhnya akhlak". Setiap hari (pada hari biasa), biasanya (hampir kesemua orang) akan bersarapan pagi (sebelum ke sekolah atau kerja) iaitu kira-kira pukul 7.00 pagi. Ada juga yang bersarapan atau dipanggil "minum pagi" pada pukul antara 9.00 pagi ke 10.00 pagi. Setelah bersarapan, tiba waktu tengah hari kita kemungkinan akan makan tengah hari antara pukul 1.00 petang ke 2.00 petang. Andai kata kita tidak makan tengah hari sehingga lewat pukul 2.00 petang, sudah tentu kita akan merasa lapar yang amat sangat walaupun kita telah minum pagi.

Tetapi kenapa pada bulan Ramadan, ketika sedang berpuasa, kita langsung tidak rasa lapar seperti itu walaupun tidak sempat bersahur pada hari tersebut?

Jawapannya kerana kita telah berniat untuk berpuasa (antara waktu maghrib hingga imsak) . Dengan niat tersebut, kita telah menyediakan fisiologi tubuh untuk tidak merembeskan enzim-enzim penghadaman. Rembesan enzin-enzim ini (terutama daripada pankreas dan hati) akan membuat kita merasa terlalu lapar.

Sebenarnya banyak femonema lain yang berlaku pada diri anda yang tidak disedari. Kesimpulannya di sini ialah niat mempengaruhi tindak balas tubuh.

Ujian memanjangkan tangan


Anda boleh lakukan sendiri ujian ini, ia sangat mudah dan hanya mengambil masa 1 minit! Sila lihat rajah di bawah, fahami dan ikut langkah yang diberikan satu persatu.

1. Mula-mula depakan tangan seperti rajah di bawah. Rapatkan jari dan halakan tapak tangan ke hadapan.




2. Kemudian fikirkan dengan tumpuan bahawa "tangan kanan saya lebih panjang daripada tangan kiri". Fikirkannya secara berterusan tanpa henti, tetapi jangan gerakkan bahu anda atau membuat sebarang pergerakan fizikal yang lain melainkan seperti yang diarahkan. Maknanya buat macam biasa, bersantai.

3. Sambil fikiran masih tetap memikirkan (secara berulang-ulang dan penuh tumpuan dan bersantai) bahawa "tangan kanan lebih panjang daripada tangan kiri", sekarang dengan perlahan-lahan cuba gerakkan tangan anda ke arah untuk mengatubkannya depa ke hadapan. Ikut seperti gambar di bawah.


4. Teruskan hingga kedua-dua tapah tangan anda bertemu. Selepas itu, kekalkan kedua-dua tapak tangan anda dalam keadaan seolah-olah seperti melekat, tanpa mengubahnya, kemudian tarik dan cuba lihat apa yang terjadi?


Didapati tangan kanan kita akan kelihatan lebih sedikit dalam 0.5 cm ke 2 cm mengikut kekuatan fokus dan niat.



5. Kemudian, uji semula untuk tangan sebelah kiri seperti langkah di atas. Selepas itu, uji sekali lagi tangan sebelah kanan semula dan lakukan beberapa kali untuk kiri dan kanan hingga anda berpuas hati.

Ujian ini amat menarik untuk menerangkan kuasa minda.

Untuk bacaan lanjut sila layari post:Minda Mempengaruhi Tindak Balas Tubuh