Thursday, July 3, 2008

IQ or QI directors???.......


Old movie. New watch? Watch it out!

You need to hold the trigger to shoot someone or...?

Hmmm.... aero planes in the Trojan War?

Bows, arrows, ... and cellphones in the olden days?

N here comes I hope everyone's fav...........

Wow! In those days,... Adidas? Hmmm..... branded Pirate!

but not as stupid as.......


OR THIS ????????

No comment lah...........

Wednesday, June 18, 2008

WILL POWER!!!!!


You thought the dog is imitating the man. ....

Just scroll down and you will get to know the story of Will Power.


Here it goes....


I smiled after looking at the first photo...you will also smile.




Entertaining the college kids...right?


Now have a close look at it....


So....


Got the message???



Despite being an animal he gets respect...


He gets warm welcome everywhere.. ..


He gets a pat on his shoulder...


He is STAND-ALONE




The doors are open for only those who believe in themselves and Will Power which can make an animal walk on TWO LEGS....!!

Friday, February 1, 2008

KisaH 4 LiliN..

Ada 4 lilin yang menyala.
Sedikit demi sedikit habis meleleh.

Suasana begitu sunyi sehingga terdengarlah percakapan mereka.

Yang pertama berkata:
"Aku adalah Damai."
"Namun manusia tak mampu menjagaku, maka lebih baik aku mematikan
diriku saja!"

Demikianlah sedikit demi sedikit sang lilin padam.
Yang kedua berkata:
"Aku adalah Iman."
"Sayang aku tak berguna lagi."
"Manusia tak mau mengenaliku, untuk itulah tak ada gunanya aku tetap
menyala."Begitu selesai bicara, tiupan angin memadamkannya.

Dengan sedih giliran Lilin ketiga bicara:
"Aku adalah Cinta"
"Tak mampu lagi aku untuk tetap menyala."
"Manusia tidak lagi memandang dan mengganggapku berguna."
"Mereka saling membenci, malah membenci mereka yang mencintainya,
membenci keluarganya. "

Tanpa menunggu waktu lama, maka matilah Lilin ketiga.

Tanpa terduga…

Seorang anak saat itu masuk ke dalam kamar, dan melihat ketiga Lilin
telah padam.

Kerana takut akan kegelapan itu, si anak berkata:
"Eh apa yang terjadi?? Kalian harus tetap menyala, aku takut akan
kegelapan!"

Lalu si anak menangis tersedu-sedu.

Lalu dengan terharu Lilin keempat berkata:

"Jangan takut,
Janganlah menangis, selama aku masih ada dan menyala, kita tetap
dapat selalu menyalakan ketiga Lilin lainnya:

" Akulah H A R A P A N "

Dengan mata bersinar, si anak mengambil Lilin Harapan, lalu
menyalakan kembali ketiga Lilin lainnya.

Apa yang tidak pernah mati hanyalah H A R A P A N yang ada dalam
hati kita. Semoga ia dapat menjadi alat, seperti si anak tersebut
yang dalam situasi apapun mampu menghidupkan kembali Iman, Damai,
Cinta dengan HARAPAN-nya!

Wednesday, January 23, 2008

New Version of "Hijab"



"click for a larger view"

Monday, January 21, 2008

7 Colour Roses





Warna begitu indah dan mengasyikkan. Lihatlah keindahan warna pada bunga. Juga lihat pada pelangi. Warna sebagai salah satu tanda kebesaran ilahi. Langit yang biru, pepohon yang hijau mewarnai alam ini. Kerana itu dikurniakan kita mata untuk melihat seterusnya berfikir akan keagungan yang esa. Warna sentiasa ada disekeliling kita. Tanpa warna kehidupan akan suram. Warna memainkan emosi. Jika biru tampak damai, hitam misteri, putih lambang kesucian malah setiap warna ada definisi tersendiri.
Warna juga lambang personaliti. Colour Vibration Therapy mengungkap rahsia personaliti diri melalui warna diri.

Warna ialah sifat cahaya yang ditentukan oleh panjang gelombang (atau oleh kandungannya sebagai paduan untuk beberapa panjang gelombang). Julat panjang gelombang nampak untuk cahaya dikenali sebagai spektrum nampak , atau dengan mudah sahaja sebagai spektrum.

Istilah warna boleh juga merujuk kepada sifat objek-objek atau bahan-bahan yang ditentukan oleh jenis panjang gelombang yang dipantul, dihantar, atau dipancar. Biasanya, hanya ciri-ciri kandungan cahaya yang dapat dikesan oleh manusia diambil kira dan oleh itu, warna juga boleh dianggap sebagai satu fenomena psikologi. Pengolahan berbagai-bagai kegunaan istilah ini merupakan tugas utama falsafah semasa.

Warna dapat mengubah rasa, mempengaruhi cara pandang kita, akan ruang, menutupi keketidaksempurnaan dam membangun suasana atau kenyamanan yang unik untuk semua orang.

Warna adalah cara yang paling cepat dan paling kuat untuk menghadirkan transformasi dan melahirkan perspekti-perspektif baru. Warna adalah salah satu inspirasi paling berharga yang paling mudah didapati.

Wednesday, January 16, 2008

Please Please Please!!!!!!

Glowing Cats

Kumpulan saintis yang diketuai oleh Kong Il-keun di Hyeongsang National University, Korea, telah mengklon kucing-kucing tersebut setelah berjaya menukar gen kucing itu yang boleh menukarkan warna.

Kucing putih jenis Turkish Angora berupaya untuk menyala berwarna merah bila berada dalam bawah cahaya ultra-ungu. Dan saintis percaya proses tersebut boleh digunakan sebagai ubat bagi rawatan sesiapa yang mempunyai genetik yang lemah. Teknologi itu juga boleh digunakan bagi mengklon binatang terancam seperti harimau dan kucing liar.



Biar BETULL????

Sunday, January 6, 2008

Gila Meroyan

Pelakon terkenal Hollywood, Brooke Shield adalah antara wanita yang dilanda gangguan emosi setelah melahirkan anak pertamanya. Dia murung hampir setahun, enggan bersentuhan dengan bayinya dan berasakan hidupnya tiada harapan lagi. Dikalangan masyarakat melayu fenomena ini dikenali sebagai "Gila Meroyan".
Pakar perubatan Neuro-Behavior Dr Wan Mohd Rushidi Wan Mahmud berkata bukan semua gangguan disifatkan sebagai "Gila Meroyan".Katanya, masalah emosi selepas bersalin boleh dibahagikan kepada tiga:
1-Kemurungan sementara selepas bersalin atau "pospartum blues"
2-Kemurungan selepas bersalin jenis neurotik
3-Kemurungan selepas bersalin jenis psikotik (gila meroyan)


Gejala Gila Meroyan
1-Gangguan tidur
2-Gelisah, tegang dan panik tanpa sebab
3-Menangis tanpa sebab
4-Hilang selera makan dan berat badan menurun
5-Fikiran bercelaru,berserabut tanpa sebab yang nyata

Pesakit mengalami ciri-ciri psikotik seperti:
1-Mendengar suara ghaib
2-Tingkah laku pelik seperti bercakap sendirian
3-Mempunyai kepercayaan yang salah(anggap bayi bukan anaknya)
4-Berasakan bayinya adalah jelmaan syaitan
5-Terasa bersalah
6-Hilang harapan untuk hidup (mungkin membunuh diri dan bayi)



Colour Vibration Therapy telah lama maju dalam menangani rawatan untuk para ibu. Rawatan bermula sejak awal mengandung dapat membantu para ibu mendapat banyak kelebihan antaranya tidak mengalami sebarang masalah ketidakselesaan ketika mengandung, tidak mengalami kesakitan semasa bersalin, tempoh nifas yang singkat. Kelebihan terhadap bayi itu sendiri ialah bayi akan sihat, berisi dan amat bijak dan cepat membesar.

Formula Colour Vibration Therapy adalah selamat dan bersih dari sebarang bahan kimia.

Kajian dan cadangan rawatan untuk ibu mengandung dikupas dengan begitu menarik dalam post bertajuk "Ibu mengandung dan Bayi".

Masalah "gila meroyan" ini juga terdapat dalam kajian Colour Vibration Therapy.

Mendapatkan nasihat dan rawatan daripada kaedah Colour Vibration Therapy ketika mengandung dapat menjamin kesihatan dan masa depan bayi yang cerah.

Saturday, January 5, 2008

Kuiz Rawatan Kesihatan KEMBALI!!!!!


Anda rasa sukar bila membaca teks di atas??


Atau anda memang seorang yang sukakan cabaran..

SERTAI
Kuiz Rawatan Kesihatan

Layari Syarat-Syarat Penyertaan



PERCAYALAH

Lihat senarai pemenang di Blog Dr.Ariffaizal untuk kuiz terdahulu. Mereka ini telah MENANG. MARI MARI MARI!!!!!

Friday, December 28, 2007

Sleeping Habits












Mengupas dengan lebih lanjut tentang FENOMENA TIDUR sila layari artikel yang begitu menarik di Blog Kesihatan oleh Dr. Ariffaizal

Tuesday, December 18, 2007

Monday, December 17, 2007

ILMU FALAK

Apa itu ilmu Falak (al-Falaq - dlm bahasa arab)?

Ilmu falak sebenarnya telah menjalinkan hubungan di antara agama dan sains. Dahulu masyarakat keliru dan menjauhi dengan ilmu falak dengan mendakwa ia merupalan cabang dari ilmu nujum ( Astrologi ). Pada 1920-an ia diaktifkan semula tetapi hanya meliputi aspek takwim dan arah kiblat. Pada 1980-an ilmu falak dianggap ilmu yang berasingan dari ilmu astronomi. Astronomi dianggap ilmu falak moden yang tiada kaitannya dengan ibadah. Walau bagaimanapun fahaman ini semakin terhakis dengan perkembangan ilmu falak.

Pengertian Ilmu falak

Bahasa :
• Falak berasal dari perkataan Sumerian iaitu Pilak yang bermaksud sesuatu yang berputar.

Istilah :
• Ikwan As-Safa ( Rassaa-il Ikwan As-Shafa ) menyatakan bahawa ilmu falak ialah ilmu yang mengkaji tentang tatasuria, menghitung jumlah bintang, mengukur pembahagian gugusan-gugusan bintang, jarak, saiz dan pergerakan badan-badan cakerawala serta mengetahui segala sesuatu yang berhubungan dengannya.

Dalil-dalil dari al-Quran:

i. Surah Yassin: 60:
“ Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis peredarannya.”

ii. Surah al-Anbiya’:33:
“ Dan dialah ( Allah ) yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan, masing-masing dari keduannya itu beredar di garisan peredarannya.”

Apa bezanya antara ilmu astronomi, ilmu falaq dan ilmu astrologi?


Astronomi dari segi bahasa etmologi membawa maksud peraturan bintang - "law of the stars". Astronomi juga dikenali sebagai Ilmu Falak iaitu ilmu kaji bintang. Ilmu Falak atau Astronomi merupakan cabang sains yang merangkumi pemerhatian / pencerapan dan penjelasan mengenai perkara yang berlaku di luar Bumi dan atmosfera bumi. Astronomi juga sering dikaitkan dengan astrofizik.

Astronomi merupakan beberapa cabang sains di mana amatur masih memainkan peranan penting, khususnya dalam menjumpai dan mencerap phenomena perantaraan. Ini berbeza dengan astrologi, pseudosains yang cuba untuk meramal takdir seseorang dengan mengikuti pergerakan planet dan bintang. Walaupun kedua bidang mempunyai asal yang sama, mereka adalah berbeza dari segi astronomi menggunakan kaedah saintifik, sementara astrologi tidak mempunyai asas sains.

Memandangkan astronomi merangkumi bidang yang luas, astronomi biasanya dibahagikan kepada beberapa cabang. Pembahagian ini tidak unik dan pertindihan dan pakar astronomi yang kerjanya merangkumi beberapa cabang adalah perkara biasa. .

Perbezaan utama adalah di antara (astronomi pencerapan dan teori) berbanding dengan astrofizik. Pemerhati menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan data mengenai phenomena berbeza, data yang kemudiannya digunakan oleh pakar theori untuk mereka dan membentuk teori dan model, untuk menjelaskan pemerhatian dan meramalkan pencerapan baru. Bidang kajian juga dikelaskan kepada dua cara: menurut perkara, biasanya menurut kawasan angkasa (contoh astronomi galaksi) atau masalah (seperti pembentukan bintang atau kosmologi); dan menurut cara pakar astronomi mendapatkan data (contoh astronomi optikal atau radioastronomi)

Ianya mustahil untuk menentukan bilakan bidang astronomi bermula. Semenjak beribu-ribu tahun dahulu pastinya penghuni gua telah pun mendongak kearah langit dengan penuh kekaguman dengan apa yang mereka lihat disitu, oleh itu dari satu segi, mereka merupakan seorang pemerhati bintang; mereka menyedari perkara luar biasa yang berlaku, seperti gerhana, dan tidak hairanlah rekod bertulis mengenai teori dan pengamatan manusia telah wujud sejak tulisan dicipta.

Tamadun manusia awal mempercayai bahawa Bumi adalah rata dan berkedudukan kaku, dengan keseluruhan lagit berputar mengelilinginya sekurang-kurangnya sekali sehari. Sesetengah kepercayaan mereka kedengaran pelik kepada kita masa kini. Sami Vedik India percaya bahawa Bumi disokong di atas dua belas tiang agung; semasa waktu malam Matahari lalu di bawah, melalui celah antara tiang tanpa mengenai tiang-tiang tersebut. Lebih menghairankan lagi adalah teori Hindu yang menyatakan bahawa Bumi terletak di belakang empat ekor gajah; gajah tersebut berdiri di atas cengkerang kura-kura gergasi, sementara kura-kura tersebut sendiri berdiri di atas naga yang terapung di atas lautan luas.

Manusia purba terpaksa bermula dari awal dan kesilapan pastinya tidak dapat dielakkan, tetapi sekurang-kurangnya pencerapan bintang yang berguna dapat dilakukan, dan rekod awal terbukti amat berguna. Kemungkinannya pengkaji langit pertama yang sebenar adalah orang-orang Cina.

Sekitar 3000 S.M. orang-orang Cina mula menggunakan kiraan 'Tahun' yang terdiri daripada 365 hari, yang membolehkan mereka menghasilkan takwim. Ia tidak penting kepada mereka sama ada Matahari mengelilingi Bumi, atau Bumi mengelilingi Matahari; 365 hari setahun adalah tepat dalam kedua-dua kes. Pakar astronomi Maharaja Cina menghasilkan takwim yang boleh diharap dan mampu menjangkakan bila gerhana berlakunya.

Bulan tidak mempunyai cahayanya sendiri, dan ia merupakan jisim yang agak kecil hanya 2,160 batu ukur keratan rentas diameter Matahari yang mempunyai keratan rentas sebesar 864,000 batu, terletak lebih jauh berbanding Bulan sehinggakan ia kelihatan hampir sama saiz di langit, dan inilah yang membolehkan gerhana matahari berlaku.

Semasa pergerakan bulanannya mengelilingi Bumi, Bulan kadang-kala terpaksa melalui depan Matahari. Pada ketika itu bahagian gelap Bulan berputar ke arah bumi, sebagaimana ditunjukkan di dalam gambarajah; dan oleh kerana bahagian ini tidak memancar, Bulan tidak kelihatan. Ketika mana ia bergerak antara Bumi dan Matahari, ia melindungi sebahagian permukaan matahari,

Semasa peredaran bulanannya mengelilingi Bumi, Bulan kadang-kala mesti melintas di hadapan Matahari. Pada ketika itu, bahagian gelap bulan menghadap ke arah bumi, dan disebabkan bahagian ini tdak membalikkan cahaya, bulan tidak dapat dilihat. Ketika ia bergerak antara Bumi dan Matahari, ia menutup sebahagian permukaan Matahari, bayangan berbentuk gigitan kelihatan pada permukaan Matahari, dan ia bertambah besar ketika gerhana berterusan. Sekiranya Bulan menutup Matahari sepenuhnya, gerhana penuh berlaku dan atmosfera Matahari kelihatan seketika dengan gambaran mengkagumkan.

Biasanya ia mustahil untuk melihat atmosphera Matahari dengan mata kasar atau dengan teleskop biasa, kerana ia ditenggelami oleh silauan Matahari itu sendiri. Bagaimanapun, apabila Bulan bertindak sebagai tabir, gambaran sepenuhnya terdedah—gas bak kilauan permata yang memancar yang dikenali sebagai korona, dan juga suar merah menyala yang menjulang dari permukaan suria. Kesemua gerhana penuh berlaku dalam tempoh skitar lapan minit. Sebaik sahaja sebahagian daripada bahagian matahari keluar, korona dan julangan tersebut tenggelam; dan Bulan bergerak tenang dalam peredarannya, dan gerhana pun tamat.

Walaupun orang-orang Cina mempercayai bahawa seekor naga sedang cuba menelan matahari, dan mereka perlu menghalau naga tersebut dengan menjerit, memukul gong, dan periuk bagi membuat bising, mereka tahu bahawa setiap gerhana akan diikuti oleh gerhana berikutnya setiap lapan belas tahun dan sebelas hari kemudian, dan dengan mengira dengan menggunakan tempoh Soros mereka boleh bersedia. Kadang kala kesilapan berlaku, dan terdapat satu kisah mashyur mengenai dua orang pakar astronomi istana malang, Hsi dan Ho, yang dihukum bunuh kerana gagal menjangka gerhana matahari. Ianya mungkin sekadar lagenda, tetapi tidak dipertikaikan lagi bahawa ramalan gerhana telah dibuat oleh manusia yang hidup 4,000 tahun dahulu.

Gerhana matahari tidak berlaku setiap bulan, kerana laluan atau orbit bulan jelas menyenget, dan dalam kebanyakan kes bulan yang gelap, oleh itu tidak dapat dilihat melintasi dibahagian atas atau di bawah Matahari di langit, dengan itu tiada gerhana berlaku.

Astrologi (bahasa Greek: αστήρ, αστρός (astér, astrós), "bintang", λόγου (lógos, lógou), "kajian": maknanya kajian bintang) merupakan bebrapa sistem, tradisi dan kepercayaan yang mangaplikasikan kedudukan relatif badan di angkasa lepas untuk memahami, mentaksir, dan mengaturkan maklumat tentang keperibadian, hal ehwal manusia dan perkara lain di bumi. Astrologi mula diamalkan sejak 2000 S.M.

Pengamal astrologi dipanggil ahli astronomi. Astronomi telah didefinisikan sebagai bahasa perlambangan, sebentuk seni, sejenis sains, serta satu kaedah pemujaan.Masyarakat sains sering menganggap astrologi sebagai pseudosains atau pantang larang. Walaupun prinsip astrologi tidak mempunyai sebarang bukti sains, ia masih dipercayai oleh ramai orang.

Friday, December 14, 2007

Friday, December 7, 2007

Thursday, December 6, 2007