Monday, January 21, 2008

7 Colour Roses





Warna begitu indah dan mengasyikkan. Lihatlah keindahan warna pada bunga. Juga lihat pada pelangi. Warna sebagai salah satu tanda kebesaran ilahi. Langit yang biru, pepohon yang hijau mewarnai alam ini. Kerana itu dikurniakan kita mata untuk melihat seterusnya berfikir akan keagungan yang esa. Warna sentiasa ada disekeliling kita. Tanpa warna kehidupan akan suram. Warna memainkan emosi. Jika biru tampak damai, hitam misteri, putih lambang kesucian malah setiap warna ada definisi tersendiri.
Warna juga lambang personaliti. Colour Vibration Therapy mengungkap rahsia personaliti diri melalui warna diri.

Warna ialah sifat cahaya yang ditentukan oleh panjang gelombang (atau oleh kandungannya sebagai paduan untuk beberapa panjang gelombang). Julat panjang gelombang nampak untuk cahaya dikenali sebagai spektrum nampak , atau dengan mudah sahaja sebagai spektrum.

Istilah warna boleh juga merujuk kepada sifat objek-objek atau bahan-bahan yang ditentukan oleh jenis panjang gelombang yang dipantul, dihantar, atau dipancar. Biasanya, hanya ciri-ciri kandungan cahaya yang dapat dikesan oleh manusia diambil kira dan oleh itu, warna juga boleh dianggap sebagai satu fenomena psikologi. Pengolahan berbagai-bagai kegunaan istilah ini merupakan tugas utama falsafah semasa.

Warna dapat mengubah rasa, mempengaruhi cara pandang kita, akan ruang, menutupi keketidaksempurnaan dam membangun suasana atau kenyamanan yang unik untuk semua orang.

Warna adalah cara yang paling cepat dan paling kuat untuk menghadirkan transformasi dan melahirkan perspekti-perspektif baru. Warna adalah salah satu inspirasi paling berharga yang paling mudah didapati.

No comments: