Monday, November 26, 2007

Minda Mempengaruhi Tindak Balas Tubuh

Manusia bukan terdiri daripada jisim semata mata yang boleh diperlakukan seperti mesen yang boleh dirobek, dan ditukar ganti seperti membaiki kenderaan. Manusia selain fizikal, manusia juga terdiri daripada akal (mental), berperasaan (emosi) dan bernyawa (spiritual). Setiap unsur ini mempengaruhi antara satu sama lain. Oleh itu, penyakit perlu mengambil kira keterlibatan unsur-unsur ini keseluruhannya.

Setiap yang kita fikirkan akan mempengaruhi fisiologi tubuh. Kerana itulah lahirnya falsafah "Penyakit berpunca daripada runtuhnya akhlak". Setiap hari (pada hari biasa), biasanya (hampir kesemua orang) akan bersarapan pagi (sebelum ke sekolah atau kerja) iaitu kira-kira pukul 7.00 pagi. Ada juga yang bersarapan atau dipanggil "minum pagi" pada pukul antara 9.00 pagi ke 10.00 pagi. Setelah bersarapan, tiba waktu tengah hari kita kemungkinan akan makan tengah hari antara pukul 1.00 petang ke 2.00 petang. Andai kata kita tidak makan tengah hari sehingga lewat pukul 2.00 petang, sudah tentu kita akan merasa lapar yang amat sangat walaupun kita telah minum pagi.

Tetapi kenapa pada bulan Ramadan, ketika sedang berpuasa, kita langsung tidak rasa lapar seperti itu walaupun tidak sempat bersahur pada hari tersebut?

Jawapannya kerana kita telah berniat untuk berpuasa (antara waktu maghrib hingga imsak) . Dengan niat tersebut, kita telah menyediakan fisiologi tubuh untuk tidak merembeskan enzim-enzim penghadaman. Rembesan enzin-enzim ini (terutama daripada pankreas dan hati) akan membuat kita merasa terlalu lapar.

Sebenarnya banyak femonema lain yang berlaku pada diri anda yang tidak disedari. Kesimpulannya di sini ialah niat mempengaruhi tindak balas tubuh.

Ujian memanjangkan tangan


Anda boleh lakukan sendiri ujian ini, ia sangat mudah dan hanya mengambil masa 1 minit! Sila lihat rajah di bawah, fahami dan ikut langkah yang diberikan satu persatu.

1. Mula-mula depakan tangan seperti rajah di bawah. Rapatkan jari dan halakan tapak tangan ke hadapan.




2. Kemudian fikirkan dengan tumpuan bahawa "tangan kanan saya lebih panjang daripada tangan kiri". Fikirkannya secara berterusan tanpa henti, tetapi jangan gerakkan bahu anda atau membuat sebarang pergerakan fizikal yang lain melainkan seperti yang diarahkan. Maknanya buat macam biasa, bersantai.

3. Sambil fikiran masih tetap memikirkan (secara berulang-ulang dan penuh tumpuan dan bersantai) bahawa "tangan kanan lebih panjang daripada tangan kiri", sekarang dengan perlahan-lahan cuba gerakkan tangan anda ke arah untuk mengatubkannya depa ke hadapan. Ikut seperti gambar di bawah.


4. Teruskan hingga kedua-dua tapah tangan anda bertemu. Selepas itu, kekalkan kedua-dua tapak tangan anda dalam keadaan seolah-olah seperti melekat, tanpa mengubahnya, kemudian tarik dan cuba lihat apa yang terjadi?


Didapati tangan kanan kita akan kelihatan lebih sedikit dalam 0.5 cm ke 2 cm mengikut kekuatan fokus dan niat.



5. Kemudian, uji semula untuk tangan sebelah kiri seperti langkah di atas. Selepas itu, uji sekali lagi tangan sebelah kanan semula dan lakukan beberapa kali untuk kiri dan kanan hingga anda berpuas hati.

Ujian ini amat menarik untuk menerangkan kuasa minda.

Untuk bacaan lanjut sila layari post:Minda Mempengaruhi Tindak Balas Tubuh

1 comment:

babylito said...

Bermulanya pembacaan saya di dalam blog http://rawatankesihatan.blogspot ini adalah secara tidak sengaja. Hidup saya kekosongan kerana saya mencari sesuatu yang saya sendiri tidak pasti. Satu hari melalui lawan web harmonisers saya menemui laman web warnadiri yg dikendali oleh dr AlyaZara. Dari situlah saya menemui blog (Rawatan Kesihatan) yg penuh dengan persoalan tanpa jawapan yang sering saya fikirkan selama ini. Topik pertama yg saya baca adalah "Minda Mempengaruhi Tindak Balas Tubuh". Dari ujian 'Memanjangkan Tangan' saya mula memahami istilah yang selalu kedengaran "You're What You Think". Kesimpulannya apa yg kita alami dalam hidup kita ini sebenarnya adalah apa yg kita inginkan.